Posts

Cosway revitalisor

Image
Dah lama nak try tp hold sebab mahai beratuih2 hihi Terjumpa product dr cosway ni grab la tgk lagu mana rasa nya.. Overall mmg best.. bila masak bau masakan akan di sedut masuk ke dlm balang air tu.. lepas tu di lepaskan udara fresh .. Tgk la gmbar tu sblm guna air clear.. lepas 8jam berkeladak airnya huhu Sapa yg nak beli sementara tgh sale ni blh la guna id membership cosway hudd.. S696464 Kalau xda id harga nya rm100.. Or korang blh jugak register jd ahli fee nya rm50 kalau xsalah... kalau tambah rm10 dah dpt revitalisor ni kan hihi

Review Milo Energy Cube

Image
Arrrggggghhhh... Aku stress lagi ni sbb rasa terkilan!!! hahaha Milo cube ni la punya pasai... Serious aku xtergoda pon tgk depa dok viral2... Tp one day tu tetiba abah call ckp teringin sgt, mintak tlg beli.. aku pon google je la kan... abah ckp dia jumpa RM48.50 sebungkus kat LAZADA.. aku ckp xpe nanti aku free aku cari kan... Aku jumpa ready stock konon nya 1 day sale!! 3 packs (300bijik la kan) RM 129.50 skali pos... ni dekat 11street.. yang paling murah aku penah jumpa la kan... ok la abah nak 2 packs, aku pon alang2 beli la 1 packs... order 19April... sampai 26 April xsampai2.. tlg seller die ckp 2may baru nak pos!! apekahhhh??? aku nak blk kg 27April kot... ape lg cancel order... dpt la refund full sbb salah seller kan delay shipping... Tu setel satu hal... lagi satu hal kena la cari yg blh COD pulak kan... nasib baik la zaman teknologi canggih kan... google sana sini jumpa yg ada kedai... Pulak tu jual sekotak pulak hahaha Kena la nyanyi lagu amboi amboi nampak nye!! kat

A tale of frog and toad~

Image
The frog and toad series ni walaupon just a child reading materials, sgt2 lah mendalam moral of story nyer... of course I have 4 titles from the series... xjemu2 membaca nya.. hihi just nak sharing what I'd learned from ' A day with Frog and Toad' ehsan cik google =) Chapter 1: Tomorrow.. . - Toad ni tau yang rumah nye sgt la bersepah... Frog tegur sana sepah, toad ckp he will do tomorrow... Giving the reason today die nak life yg easy going gittew... Die masuk dlm gebaq nak smbung tidoq.. tetibe dia bangun.. Frog tanya kenapa...  - Toad ckp "I feel down in the dumps"... frog pelik la kan td toad ckp nak easy going life for today.. - Toad ckp die stress memikirkan byk kerja yg kena buat esok... susah hati ler tu... toad tanya frog kalau die buat kerja mengemas hari ni esok die xperlu buat la kan.. of course la jwb frog hihi... - Toad bangun n setel all the chores!! - Then finally toad ckp " I don't feel in the dump anymore" hahaha na

Travelog

in coming hihi xdan la nak hadap ngeeeheeehee Travelog ni untuk rujukan masa akan dtg.. kot2 nak repeat... or untuk rujukan kawan2 yang mana nak tambah ilmu or share .. all are welcome!! Vacation ni kalau planning betul2 release semua stress tp kalau hentam keromo pulak tu xgeng habis balik blh tambah stress hahaha so for me i'll plan 1st... jadi xjd belakang kira.. at least have some idea b4 p mana2 kan... tp ada setengah memang lenjan je.. backpackers ok la kot hihi up to your self la kan... STAY TUNED yer..

Mee Udang Marbeles

Mee Udang  Dari belog kak  Azie Bahan bahan: 6 ekor udang besar (ikut suka) 6 ekor udang kecil buang kulit 2 sudu besar udang kering 2 sudu besar cili kisar 4 ulas bawang putih 6 ulas bawang merah 2 tangkai serai- ai tambah 2 biji tomato buah 1 biji ubi kentang - rebus Garam, gula, serbuk perasa sos tomato sos cili Bahan hiasan: telur - rebus sawi - celur cili merah - hiris bawang goreng daun bawang - hiris Mee - celur - ai guna spaghetti okay... rarely beli mee susah nak cari mee melayu* *a.k.a malaih sbnq nya kikiki Cara cara: Blend bawang putih, serai dan bawang merah hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing. Sementara itu, ubi kentang direbus sekejap dan di kisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk terlebih dahulu, tomato buah hingga halus. Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi.   *ai punya tahap malaih leboq semua mas

Resepi sambal kerang

Dari blog kak Azie : Kerang Sambal Tumis Oleh:  Azie Kitchen Bahan bahan: 1 mangkuk isi kerang 2 sudu besar cili kisar 5-6 ulas bawang merah 3-4 ulas bawang putih Gula Garam 1/4 keping asam keping 1/2 biji bawang besar Holland - opsyenal Cara cara: Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak yang agak banyak supaya bahan tumis cepat garing. Tumis bawang seketika sebelum dimasukkan cili kisar. Tumis cili kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. Setelah cili masak, masukkan gula. Kacau rata sebelum dimasukkan kerang. Oleh kerana kerang telah masak, masakkan kerang seketika sahaja. Masukkan sedikit air dan garam. Kacau sehingga  sambal pecah minyak. Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang telah dihiris. Kacau sehingga bawang layu, bolehlah tutup api.

Resepi Kerang Rebus

Resepi dr blog kak azie : Kerang Rebus Bahan-bahan 3kg kerang 1 labu bawang besar- dimayang 3 batang serai dititk Garam secukupnya Cara-cara Kerang yang sudah dibersihkan betul betul, dimasukkan ke dalam kuali. Masukkan bawang besar, serai dan garam.  Tutup kuali dengan tudung periuk. Nyalakan api dapur yang besar selama 2 minit dengan periuk bertutup.  Kacau sekali, biar lagi 2 minit atau nampak kerang sudah terbuka. Kemudian siap utk dimakan. Ianya tidak menggunakan air sebagai rebusan kerana kerang akan mengeluarkan air sewaktu dimasak. Rasanya lebih sedap  berbanding merebus cara biasa. Sambal Cuka  sumber: CMG 4 - 5 biji cili merah 3 ulas bawang putih 1/2 camca teh garam 1/2 cawan gula (boleh kurangkan) 3 - 4 camca besar cuka makan Sedikit air Cara membuatnya Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat, tambah garam dan gula, tumbuk sehingga semua sebati. Alihkan ke dalam bekas, masukkan cuka makan dan sedikit air, kacau hi