Mee Udang Marbeles

Mee Udang 
Dari belog kak Azie

Bahan bahan:
6 ekor udang besar (ikut suka)
6 ekor udang kecil buang kulit
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 tangkai serai- ai tambah
2 biji tomato buah
1 biji ubi kentang - rebus
Garam, gula, serbuk perasa
sos tomato
sos cili

Bahan hiasan:
telur - rebus
sawi - celur
cili merah - hiris
bawang goreng
daun bawang - hiris
Mee - celur - ai guna spaghetti okay...
rarely beli mee susah nak cari mee melayu*
*a.k.a malaih sbnq nya kikiki

Cara cara:
Blend bawang putih, serai dan bawang merah hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing.

Sementara itu, ubi kentang direbus sekejap dan di kisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk terlebih dahulu, tomato buah hingga halus.
Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi.  

*ai punya tahap malaih leboq semua masuk blender... greee gree greee hancoq leboq masuk periuk pulak hahahaha

*ai try satu resepi ni.. dia blend kepala udang tu then tapis jadi kuah... try tgk kot lg marbeles..

Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam dan serbuk perasa. 

Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali sotong hiris jika mahu. Boleh diangkat dan hidang.

Comments

Popular posts from this blog

Cosway revitalisor