Posts

Showing posts from February, 2017

Resepi sambal kerang

Dari blog kak Azie : Kerang Sambal Tumis Oleh:  Azie Kitchen Bahan bahan: 1 mangkuk isi kerang 2 sudu besar cili kisar 5-6 ulas bawang merah 3-4 ulas bawang putih Gula Garam 1/4 keping asam keping 1/2 biji bawang besar Holland - opsyenal Cara cara: Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak yang agak banyak supaya bahan tumis cepat garing. Tumis bawang seketika sebelum dimasukkan cili kisar. Tumis cili kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. Setelah cili masak, masukkan gula. Kacau rata sebelum dimasukkan kerang. Oleh kerana kerang telah masak, masakkan kerang seketika sahaja. Masukkan sedikit air dan garam. Kacau sehingga  sambal pecah minyak. Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang telah dihiris. Kacau sehingga bawang layu, bolehlah tutup api.

Resepi Kerang Rebus

Resepi dr blog kak azie : Kerang Rebus Bahan-bahan 3kg kerang 1 labu bawang besar- dimayang 3 batang serai dititk Garam secukupnya Cara-cara Kerang yang sudah dibersihkan betul betul, dimasukkan ke dalam kuali. Masukkan bawang besar, serai dan garam.  Tutup kuali dengan tudung periuk. Nyalakan api dapur yang besar selama 2 minit dengan periuk bertutup.  Kacau sekali, biar lagi 2 minit atau nampak kerang sudah terbuka. Kemudian siap utk dimakan. Ianya tidak menggunakan air sebagai rebusan kerana kerang akan mengeluarkan air sewaktu dimasak. Rasanya lebih sedap  berbanding merebus cara biasa. Sambal Cuka  sumber: CMG 4 - 5 biji cili merah 3 ulas bawang putih 1/2 camca teh garam 1/2 cawan gula (boleh kurangkan) 3 - 4 camca besar cuka makan Sedikit air Cara membuatnya Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat, tambah garam dan gula, tumbuk sehingga semua sebati. Alihkan ke dalam bekas, masukkan cuka makan dan sedikit air, kacau hi

resepi kacang buncis goreng kunyit

`Kacang Buncis Udang Goreng Kunyit'. Bahan-bahan Segenggam kacang buncis (Potong kecil lebih kurang 2cm dan serong sedikit) 15 ekor udang saiz sederhana 2 ulas bawang merah atau separuh bawang besar (hiris nipis) seulas bawang putih (hiris nipis) sebatang cili merah (hiris nipis) 1/2 kiub pati ayam 1 1/2 sk serbuk kunyit garam secukup rasa Cara-cara Panaskan 2sb minyak masak dalam kuali. G aulkan udang dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng udang setelah minyak panas. Setelah udang masak. Masukkan bawang merah, bawang putih, lada dan kiub pati ayam. Tumis seketika. Masukkan kacang buncis. Kacau seketika. Masukkan garam secukup rasa. Kacau suka kacang lembik sedikit, masukkan 2 sudu besar air dan goreng lama sedikit.

Resepi Kari ikan ayam-ayam

Kari Ikan Ayam @ Jebong Bahan2 1 ekor ikan ayam @ jebong saiz sederhana~ siang, buang kulit & bersihkan 1 senduk santan pekat (guna santan kotak je) 4 sudu besar rempah kari ikan ~ bancuh dengan air jadikan pes 2 sudu besar cili kisar 1 sudu besar asam jawa ~ campur air jadikan jus air secukupnya (ikut pekat cair kari yg disukai ~ dlm 2 ~ 3 cawan je) garam & gula secukup rasa minyak untuk menumis Bendi atau terung bulat secukupnya cili hijau & tomato jika suka Bahan penumis 1 sudu kecil halba campur  5 ulas bawang merah ~ dihiris 2 ulas bawang putih ~ dihiris 1 inci halia ~ hiris batang mancis 2 tangkai daun kari ~ biarkan bertangkai jangan lurut Cara menyediakan 1. Ikan dipotong beberapa bahagian. 2. Panaskan minyak secukupnya dalam periuk lalu tumiskan bahan penumis sehingga wangi & kekuningan. Masukkan cili kisar & tumis hingga naik minyak.  Masukkan pes rempah kari & kacau lagi hingga naik minyak. 3. Masukkan air asam jawa & air & kacau rata.  Bila m

Growing Strength

Image
By just keep move on!! Ph.D mmg menggoyahkan... Kalau dulu kata master tu horrible, phD is like 10folds of that ahaha... but somehow it do feels great for every achievement made.. =)   Yes, I'm the one with failures and doubts!!! Still continued, though.. =)  Hoping and praying for the best outcomes... InsyaAllah..

Stop Worry!!

Image
Stop thinking what bad will happen... Start thinking what good might happen it u finish it... =)   Keep going until u reach the EXIT!! Pray always, study hard, make life simple but GREAT! =)

Resepi ayam sambal hijau

Image
Dari blog Saribundo : Resep Ayam Balado Hijau Bahan Baku: 1 ekor ayam, cuci hingga bersih, dan potonglah sesuai selera; 1 sdm air jeruk nipis aka limau Garam secukupnya; Minyak goreng untuk menumis; 3 lembar daun jeruk; 2 buah serai, ikatkan kedua batang serai; Haluskan Bumbu: 10 butir bawang merah 8 siung bawang putih 20 buah cabai hijau besar Jahe aka halia Kunyit 3 butir kemiri  aka buah keras 1 sdt garam Cara Membuat Ayam Balado Hijau: Silahkan lumuri potongan ayam dengan air jeruk nipis dan garam, sisihkan dan biarkan selama 15 menit hingga meresap. Goreng ayam dalam minyak hingga kuning kecokelatan atau bisa Anda sesuaikan. Tumislah bumbu halus hingga matang, masukkan daun jeruk dan serai. Terakhir, masukkan ayam goreng. Aduk hingga bumbu cabai hijau merata. Sajikanlah untuk makan  Dari blog Lady Ell : BAHAN-BAHAN:- 5-6 Biji lada hijau 5-6 Biji cili padi hijau Bawang merah 2 Biji lada merah  (kalau nak kasi kalerful. optional eh t