Resepi Mee goreng kak AZIE

resepi asal dari kak Azie :

Mee Goreng Basah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 pek kecil mee kuning
4 ulas bawang putih - ketuk & cincang
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Garam
Kicap secukupnya
1 ikat sayur sawi
Udang dan sotong
Limau nipis - perah
Daun bawang - tabur

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Lepas itu, masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing.

Setelah cili garing, masukkan semua bahan sos, kicap dan sedikit air. Masak sehingga mendidih dan terbit minyak. Sementara ianya mendidih, ketika ini bolehlah kita memotong sayuran atau apa sahaja. Air lebih kurang 1/2 mug tapi dimasukkan sedikit sedikit supaya tidak terlembik pulak mee.

Masukkan udang dan sotong serta batang sawi. Kacau rata. Kemudian masukkan mee dan daun sawi. Masukkan sedikit garam, kacau rata dan setelah secukup rasa, bolehlah ditutup api. Saya suka mee yang sedikit basah belengas seperti dalam gambar, bukan basah berair macam mee hailam, jadi ketika ini saya akan letak sedikit lagi sos dengan sedikit air supaya ianya melekat pada mee. 

Sebelum dihidangkan, bolehlah tabur cili merah hiris dan daun bawang serta bawang goreng. Jika suka, perahkan air asam limau nipis. 

Nota:
Ada ketika, saya akan tuang kicap ke atas mee kuning dan gaul rata sebelum dimasukkan dalam kuali. Ikut mood lah. Kicap akan lebih menyerap pada mee dan lebih cepat bergaul sebati semasa digoreng.

Comments

Popular posts from this blog

Cosway revitalisor