Resepi sambal kerang

Dari blog kak Azie:

Kerang Sambal Tumis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk isi kerang
2 sudu besar cili kisar
5-6 ulas bawang merah
3-4 ulas bawang putih
Gula
Garam
1/4 keping asam keping
1/2 biji bawang besar Holland - opsyenal

Cara cara:
  1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak yang agak banyak supaya bahan tumis cepat garing. Tumis bawang seketika sebelum dimasukkan cili kisar.

  2. Tumis cili kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. Setelah cili masak, masukkan gula. Kacau rata sebelum dimasukkan kerang.

  3. Oleh kerana kerang telah masak, masakkan kerang seketika sahaja. Masukkan sedikit air dan garam. Kacau sehingga sambal pecah minyak.

  4. Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang telah dihiris. Kacau sehingga bawang layu, bolehlah tutup api.

Comments

Popular posts from this blog

Cosway revitalisor